Tuesday, August 10, 2010

SelAmaT BerKonVo... 2010


aku dan adik angkat aku... 


Assalamualaikum......

Minggu lepas... hari apa yek? oh hari sabtu bertarikh 7/8/2010... Aku akhirnya bergelar graduan dengan rasminya....

best tol bila dah habis belajar after 20 tahun habiskan masa dengan belajar sahaja. 

seronok tu seronok jugak... tapi yang tak berapa nak seronok apabila badan aku macam beruang panda....

cik shiken oi... cubalah kuruskan badan... awak tu dua bulan lagi nak jadi bini orang...
dahla bakal suami ko tu kurus berat lebey kurang 50kg je....

nanti jangan pulak, bini angkat laki.. hahahaha..


Sunday, August 8, 2010

Alhamdulillah....

gumbiranya rasa hatiku....

TURUN 1.5 KG... minggu lepas....
so..
this week mesti turun paling kurang 1.5 kg jugak..

hahaha.. nak posa dah ni...
kalo berat badan turun dengan banyak time bulan posa ni best...
harap2 la....

ada orang kata orang gemuk macam aku muka macam orng tua....
macam mak orang

sedey beb... sejam aku nangis... juka terus sembab
cik abang pun siap meng'iya'kan....lagi la sedey...


rasanya tua tang mana tu? aku nak cocok cologen

Monday, August 2, 2010

Nak Teruskan @ tunda CONTEST????/

Pagi ni seronok la sangat.... malam tadi pakai detox foot kat kaki... huh lega betul bila bangun pagi. Rasa sangat la segar. Bila bangun, solat subuh dan minum segelas air kosong. Pagi ni ingat just nak minum herbalife je, tapi apa nak buat, adik aku dah belikan nasi lemak kegemaranya. So, apalagi aku terpaksa la melantak jugak. Sedap sangat.....

eh teringat la pulak tentang contest yang aku nak buka ....
aku rasa patut aku tunda dahulu dna kumpul ramai rakan....
agar ramai yang boleh join contest ni....
lagi ramai lagi semangat nak kuruskan?



CONTEST: RAMADHAN SIHAT, AIDILFITRI CERIA 2010

RAMADHAN CERIA AIDILFITRI CERIA

BAKAL BERTEMU ANDA SEMUA
RAMDHAN SIHAT AIDILFITRI CERIA
NANTIKAN POSTER UNTUK ANDA TAG DI BLOG ANDA

SEGALA DETAIL TENTANG PERADUAN AKAN DIBERITAHU DALAM MAS 24JAM DARI SEKARANG.

SYARAT PERADUAN JUGA BEGITU

HADIAH MENARIK SEDANG MENANTI ANDA!!!!

JMD 5... minuman suplemen aku yang pertama...


masa mula2 mula nak kuruskan badan, Ken mencuba JMD 5, masa tu beli kat kedai harganya RM200. Puas Ken fikir macamana nak kuruskan badan dengan hanya minum JMD ni. Dah la time tu Ken masih lagi belajar. Tak salah Ken, Masa first time Ken guna JMD5 ni bulan 6 tahun 2009. masa tu berat Ken mencecah lebih kurang 75 KG. Ken hanya minum sekotak sahaja dan telah turun 2 KG. tapi lepas tu terus stop.

after that Ken guna kapsul by Himalaya, harganya kurang dari rm100 dapat tahan 2 bulan. dan masa tu berat badan turun dalam 3 kilo. alhamdulillah. lepas tu ken try guna  L.W.M.... tapi mak aih berat ken tak turun mana pun... duit biasiswa ken habis dalam rm10k.... tapi xmendatangkan hasil.... asyik tambahkan teartment dan harganya bukannya murah.... subhanallah mahal nak mampos..... habis gak duit mak ken coz nak krn try produk ni.....

Tunang ken tak bagi ken pi L.W.M lagi. dia kata makin ken pergi. makin banyak duit ken akan habis. So, ken cuba senaman sminggu sekali kat Taman Jaya, PJ. 

dalam masa setahun, ken telah turun ke 65kg,.. suka sangat masa tu. tapi bila habis belajar bulan 5 2010, berat ken naik balik sampai 70kg.

sampai sekarang berat ken masih lagi di tahap itu.

TOLONG!!!!!!KEN nak Kurus........

Sunday, August 1, 2010

Budak Gemuk Yang Nak Kurus...

Assalamualaikum... Hai...

Huhuhu... kenapa yek tetiba buka blog ni?

  1. Sebab aku nak cari kawan reramai
  2. berkongsi dengan orang ramai cara nak kurus
  3. nak luahkan perasan la apa lagi

pada entry yang akan datang, kemungkinan besar akan diadakan pertandingan 'Ramadhan Sihat, Aidilfitri ceria".

nantikan kemunculannya.